Tuesday 6 May 2014

Kos Pembinaan..

Salam..
Pembinaan adalah suatu bidang yang merangkumi semua aspek yang harus di titik beratkan yang mana semua aspek-aspek seperti kesenian, kekuatan, struktur, pengurusan, utiliti dan sebagainya lagi harus tidak dipandang remeh dan saling berkait.

Kos pembinaan pula tidak terkecuali kerana ianya melibatkan segala bentuk perkara yang memungkinkan turun dan naiknya kos pembinaan sesebuah rumah tersebut.

Kemudahan sekeliling kawasan pembinaan amat memainkan peranan dalam penentuan kos. Contohnya kemudahan asas seperti air dan elektrik. Tanpa air mana mungkin segalanya berjalan lancar kerana campuran simen dan pasir memerlukan air sebagai pelengkap. Tidak lagi dimasukkan budi bicara pihak yang sanggup membekalkan kemudahan tersebut. Kadang kala amat memeningkan jika jiran tidak mahu bekerjasama. Begitu juga dengan kemudahan elektrik. Bagi fungsi alatan tukang yang banyak menggunakan ekektrik seperti grinder, breaker, hacker dan sebagainya. Boleh jija kita daftar masuk bekalan air dan elektrik. Tetapi kosnya lagi berganda kerana memerlukan kelulusan dan permit dari pihak berkuasa air di mana tarif nya agak berbeza.

Capaian masuk ke tempat binaan juga amat penting. Kerana bahan mentah berbeza jika di beli dengan jumlah yang banyak atau pukal. Contohnya, pasir kasar bagi lori 1 tan dan pasir kasar bagi lori 24 tan sangat- sangat besar bezanya. Akan tetapi dapat kah lori pasir 24 tan dapat di hubungkan dengan tapak binaan? Banyak halangan perlu di hadapi. Contohnya keadaan jalan, parit, titi, kelebaran jalan, kerjasama jiran-jiran dan lain-lain. 

Jika di hitung dari dulu sampai sekarang, berapakah peratus bahan binaan naik? Lagi lama anda tunggu, lagi tinggi kos pembinaan rumah impian anda. Kos tenaga kerja tidak sekalipun turun malahan lebih mewah dari bekerja di kilang-kilang. Tukang warga asing yang berpengalaman memerlukan RM 100 sekurang-kurangnya untuk diupah. Kerana apa? Kerana kos sara hidup yang juga meningkat. Tiada diskaun bagi barangan harian jika ditanya apa pekerjaan anda. Jika sawi seikat RM2, maka doktor pon RM2, buruh binaan pun RM2.

Banyak lagi perkara yang melibatkan kos pembinaan menjadi semakin meningkat. Jadi perlukah anda tunggu sehingga ianya menjadi mustahil untuk anda lihat mahligai impian anda? Fikir-fikir kan lah. Anda mampu membuat keputusannya 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.