Profil Syarikat


Pengenalan Syarikat
Asas Bina Venture adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001). Pada 2009, Asas Bina Venture telah menjadi sebahagian dari anak syarikat Fortune Progress Sdn. Bhd. kerana perkembangan perniagaan yang sangat menggalakkan dengan sokongan lebih banyak tenaga pakar dalam bidang pembinaan.
Asas Bina Venture telah mula beroperasi sejak tahun 2006 secara rasminya berpengkalan di Kepala Batas, Pulau Pinang dimana pada mulanya beroperasi secara kecil-kecilan tanpa berdaftar sejak 1986 (26 tahun pengalaman). Sehingga Julai 2011, Asas Bina Venture telah membina lebih daripada 80 buah kediaman di seluruh Pulau Pinang dan Kedah dengan rekod tiada projek terbengkalai. Bidang perniagaan utama syarikat ini adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan bangunan terutama kerja-kerja membina banglo persendirian dan pengubahsuaian. Tanah lot banglo yang diuruskan meliputi tanah persendirian, tanah koperasi dan tanah individu atau syarikat lain.
Sejak penubuhan, syarikat Asas Bina Venture telah didokong oleh rangkaian tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang hartanah dan pembinaan bangunan. Berbekalkan kemahiran dan pengalaman ini, syarikat bertekad dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan dan berdaya maju seterusnya dapat memberikan kepuasan kepada pelanggannya.
Perkhidmatan
1. Membina dan memajukan bangunan di atas tiga kategori tanah lot banglo
(a) Tanah lot banglo milik syarikat persendirian
(b) Tanah lot banglo persendirian miik individu yang ingin menjual
(c) Tanah lot banglo persendirian milik pelanggan
2. Mengubahsuai rumah dan bangunan
3. Menguruskan pelan rumah dan hal-hal urusan dengan pihak berkuasa tempatan
4. Khidmat bekalan elektrik dan sistem paip rumah serta perparitan
Harga Terendah
Dengan menggunakan tenaga kerja mahir dan berpengalaman dari negara seberang, kami dapat menjimatkan kos upah dan masa dimana hasilnya kami dapat menawarkan tawaran harga yang terendah di pasaran. Berbekalkan pengalaman dan formula perniagaan kami, harga yang ditawarkan tidak menjejaskan kualiti hasil kerja kami. Anda berhak melihat hasil kerja syarikat kami yang terdahulu.
___________________________________________________________________________________________
Moto
Komited, Amanah dan Berintegriti
Visi
Beriltizam menjadikan syarikat berdaya maju yang mengutamakan kehendak dan kepuasan pelanggan sepanjang masa.
Misi
Mengenal pasti lokasi tanah sesuai dan strategik untuk kediaman.
Memastikan kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh tenaga mahir.
Memastikan kerja-kerja pembinaan menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.
Berusaha memastikan pelaksanaan kerja menepati tempoh masa.
Sentiasa memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.