Thursday 18 September 2014

Salam sejahtera..

Diucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog dan juga pelanggan-pelanggan yang memberi kepercayaan kepada kami bagi membuat dan menyiapkan projek pembinaan mahligai impian.

Ribuan terima kasih juga kepada para pelanggan kerana sabar menanti untuk mahligai impian anda siap berikutan masalah cuaca yang tidak menentu dan juga lambakan projek yang terpaksa disiapkan. Namun saya berpuas hati kerana kebanyakan projek disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Demi meningkatkan produktiviti syarikat, syarikat kami telah membuat usahasama dengan kawan-kawan kontraktor yang banyak membantu membekal tenaga pekerja dan juga bantuan teknikal serta bantuan utiliti yang amat diperlukan sewaktu lambakan projek yang perlu disiapkan.

Dan sekali lagi saya ingin membuat pengumuman, bahawa syarikat kami amat bersedia menerima projek berkaitan dengan loan atau pinjaman kerajaan dimana sebelum ini kami menolak projek seperti ini disebabkan kekurangan dana. Sekarang alhamdulillah kami sedia menerima dan mempunyai dana serta tenaga mahir yang cukup untuk menyiapkan projek dengan kuantiti yang tinggi.

Diharap dengan majunya selangkah syarikat kami akan terus berkembang dan terus mendapat sokongan dari para pelanggan yang tidak putus-putus menyokong syarikat bumiputra.

Sekian terima kasih..

Ikhlas dari,
Marketing Manager
Asasbina Venture.

projek terbaru
























Tuesday 6 May 2014

Kos Pembinaan..

Salam..
Pembinaan adalah suatu bidang yang merangkumi semua aspek yang harus di titik beratkan yang mana semua aspek-aspek seperti kesenian, kekuatan, struktur, pengurusan, utiliti dan sebagainya lagi harus tidak dipandang remeh dan saling berkait.

Kos pembinaan pula tidak terkecuali kerana ianya melibatkan segala bentuk perkara yang memungkinkan turun dan naiknya kos pembinaan sesebuah rumah tersebut.

Kemudahan sekeliling kawasan pembinaan amat memainkan peranan dalam penentuan kos. Contohnya kemudahan asas seperti air dan elektrik. Tanpa air mana mungkin segalanya berjalan lancar kerana campuran simen dan pasir memerlukan air sebagai pelengkap. Tidak lagi dimasukkan budi bicara pihak yang sanggup membekalkan kemudahan tersebut. Kadang kala amat memeningkan jika jiran tidak mahu bekerjasama. Begitu juga dengan kemudahan elektrik. Bagi fungsi alatan tukang yang banyak menggunakan ekektrik seperti grinder, breaker, hacker dan sebagainya. Boleh jija kita daftar masuk bekalan air dan elektrik. Tetapi kosnya lagi berganda kerana memerlukan kelulusan dan permit dari pihak berkuasa air di mana tarif nya agak berbeza.

Capaian masuk ke tempat binaan juga amat penting. Kerana bahan mentah berbeza jika di beli dengan jumlah yang banyak atau pukal. Contohnya, pasir kasar bagi lori 1 tan dan pasir kasar bagi lori 24 tan sangat- sangat besar bezanya. Akan tetapi dapat kah lori pasir 24 tan dapat di hubungkan dengan tapak binaan? Banyak halangan perlu di hadapi. Contohnya keadaan jalan, parit, titi, kelebaran jalan, kerjasama jiran-jiran dan lain-lain. 

Jika di hitung dari dulu sampai sekarang, berapakah peratus bahan binaan naik? Lagi lama anda tunggu, lagi tinggi kos pembinaan rumah impian anda. Kos tenaga kerja tidak sekalipun turun malahan lebih mewah dari bekerja di kilang-kilang. Tukang warga asing yang berpengalaman memerlukan RM 100 sekurang-kurangnya untuk diupah. Kerana apa? Kerana kos sara hidup yang juga meningkat. Tiada diskaun bagi barangan harian jika ditanya apa pekerjaan anda. Jika sawi seikat RM2, maka doktor pon RM2, buruh binaan pun RM2.

Banyak lagi perkara yang melibatkan kos pembinaan menjadi semakin meningkat. Jadi perlukah anda tunggu sehingga ianya menjadi mustahil untuk anda lihat mahligai impian anda? Fikir-fikir kan lah. Anda mampu membuat keputusannya 

Saturday 18 February 2012

BINA DAN UBAHSUAI (RENOVATE) RUMAH: Galeri

BINA DAN UBAHSUAI (RENOVATE) RUMAH: Galeri: Rumah di Kepala Batas, P.Pinang Harga Rumah RM 130K (dalam proses) 4 bilik, dapur, ruang tamu, porch kereta, bilik bacaan, ...

Thursday 16 February 2012

Rumah siap atau rumah sendiri?Anda tentukan.

Rumah siap seperti rumah yang dimajukan oleh pemaju perumahan mempunyai banyak kelemahan tersendiri daripada rumah yang anda bina mengikut citarasa anda sendiri. Kebanyakan rumah siap dibina didirikan dalam bentuk teres ataupon berkembar di mana anda dapat melihat wujudnya beberapa masalah yang semua orang sedia maklum di mana anda akan menghadapi masalah meletak kenderaan bagi keluarga anda mempunyai 2 atau lebih kenderaan. Jika ruang meletak kenderaan sempit, pastinya lambat laun kenderaan anda akan calar balar kelak. 

Selain itu, bagi yang meminati untuk bercucuk tanam atau menghias rumah dengan hiasan tanaman seperti bunga, pokok renek dan sebagainya pastinya mempunyai masalah besar dan alangkah ruginya bila 5 tahun anda menduduki rumah tersebut, apa-apa pon anda tidak dapat hasil sedangkan kawan anda yang membina rumah sendiri di tanah sendiri atau tanah lot, menikmati buah-buahan tanaman sendiri. Sangat mengharukan bila dapat menikmati buah hasil tangan sendiri.

Lebih menyakitkan hati bila anak-anak jiran anda di taman perumahan (rumah siap) membuat bising seperti bunyi bising motosikal dan lebih menyakitkan hati jika jiran sebelah anda membuat tembok batu antara rumah anda dan jiran anda tetapi tidak di'plaster' di bahagian sebelah rumah anda. Sakit kan mata memandang?

Bukan hendak saya menyakitkan hati anda jika anda membeli rumah siap atau rumah taman. Tetapi cuba anda bandingkan harga rumah yang anda beli dari pemaju dan harga rumah yang anda bina sendiri. Pastinya lebih hebat dan tampak lebih mewah bagi rumah yang anda bina sendiri bagi harga yag sama anda beli rumah siap tersebut.

Fikir-fikirkan lah. selamat beramal..

Sunday 12 February 2012

BINA DAN UBAHSUAI (RENOVATE) RUMAH: Rumah siap atau Bina Sendiri?

BINA DAN UBAHSUAI (RENOVATE) RUMAH: Rumah siap atau Bina Sendiri?: BINA SENDIRI RUMAH ANDA Bina sendiri rumah anda-  Apa yang saya maksudkan di sini ialah  melantik sendiri  pembina rumah anda. Bagi tu...

Rumah siap atau Bina Sendiri?


BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Bina sendiri rumah anda-  Apa yang saya maksudkan di sini ialah  melantik sendiri pembina rumah anda. Bagi tuan/puan yang ada tanah dan bercadang membina rumah, maka adalah lebih baik anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda. Ianya sangat menjimatkan berbanding membeli rumah siap seperti rumah taman.

Adakah anda tahu berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh seseorang kontraktor apabila menyiapkan sesebuah rumah. Pada kebiasaanya harga rumah dikira mengikut keluasannya. Contohnya  bagi sebuah rumah bungalow satu tingkat yang sederhana dari segi rekabentuk  dengan keluasan 1600ka2 dan berharga RM200 ribu, maka keuntungan yang diperolehi dianggarkan 1/3 dari RM200k iaitu lebih kurang RM66 ribu. Jika anda membeli rumah yang sudah siap sepenuhnya sekali dengan tanah tapak rumah maka keuntungan kontraktor makin bertambah iaitu daripada jualan tanah tapak rumah tersebut. Cuba anda bayangkan berapa banyak anda dapat jimatkan wang jika anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda dengan melantik kontraktor sendiri. Anda mesti ingat bahawa seseorang kontraktor akan membina rumah anda di dalam bajet kewangan dan kemampuan anda. Jika di luar bajet, kontraktor sukar untuk membuat keputusan kerana bimbang jikalau bayaran tidak dapat dibuat. Jika anda tidak berapa tahu tentang selok-belok bidang binaan rumah seperti membaca pelan rumah, peringkat-peringkat  pembinaan,kualiti  bahan-bahan binaan, workmanship  dan urusan dengan pihak berkuasa tempatan maka anda boleh berurusan dengan kontraktor yang boleh dipercayai.
Adalah menjadi pilhan anda jika anda memilih untuk menguruskan sendiri atau menyerahkan bulat-bulat urusan pembinaan kepada kontraktor seperti:
  1. Berurusan sendiri dengan pelukis pelan
  2. Membuat permohonan kelulusan pelan
  3. Mengurus pembelian bahan-bahan binaan
  4. Berurusan dengan pihak berkuasa tempatan 
Kadar harga semasa yang diguna pakai oleh kontraktor bina rumah adalah antara RM110 ~ RM130/ka2 buat masa ini tahun 2011. Kadar harga ini adalah termasuk upah pekerja, bahan binaan,  system pendawaian letrik dan sistem paip bagi bekalan air dan ianya hanya sesuai bagi bandar-bandar kecil dan sederharna saja. Bagi Bandar besar ataupun rekabentuk yg rumit menjadikan kadar harganya melebihi RM130/ka2.
Jika keluasan rumah tersebut adalah adalah 1500 ka persegi maka harganya kos pembinaan rumah bungalow tersebut adalah:-
1500 x RM110 = RM165,000

TAPI, BERITA BAIK BUAT ANDA...SAYA MENAWARKAN KOS PEMBINAAN TERENDAH DI PASARAN. DENGAN FORMULA PERNIAGAAN SAYA DAN PENGALAMAN. SAYA TAWARKAN RM 95/ka2..(ATAP GENTING)

FORMULA JIMAT KOS = UPAH BURUH YANG MURAH (PEKERJA ASING = CEKAP DAN CEPAT)  + BAHAN MENTAH               
                                            DARI PEMBEKAL YANG TAK AMBIL UNTUNG BESAR (BERURUSAN LEBIH 25 TAHUN) +   
                                             TIADA CAS TERSEMBUNYI + TIADA CAS JURURUNDING

HUBUNGI SAYA DI 019-3552644