Sunday 12 February 2012

Rumah siap atau Bina Sendiri?


BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Bina sendiri rumah anda-  Apa yang saya maksudkan di sini ialah  melantik sendiri pembina rumah anda. Bagi tuan/puan yang ada tanah dan bercadang membina rumah, maka adalah lebih baik anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda. Ianya sangat menjimatkan berbanding membeli rumah siap seperti rumah taman.

Adakah anda tahu berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh seseorang kontraktor apabila menyiapkan sesebuah rumah. Pada kebiasaanya harga rumah dikira mengikut keluasannya. Contohnya  bagi sebuah rumah bungalow satu tingkat yang sederhana dari segi rekabentuk  dengan keluasan 1600ka2 dan berharga RM200 ribu, maka keuntungan yang diperolehi dianggarkan 1/3 dari RM200k iaitu lebih kurang RM66 ribu. Jika anda membeli rumah yang sudah siap sepenuhnya sekali dengan tanah tapak rumah maka keuntungan kontraktor makin bertambah iaitu daripada jualan tanah tapak rumah tersebut. Cuba anda bayangkan berapa banyak anda dapat jimatkan wang jika anda menguruskan sendiri pembinaan rumah anda dengan melantik kontraktor sendiri. Anda mesti ingat bahawa seseorang kontraktor akan membina rumah anda di dalam bajet kewangan dan kemampuan anda. Jika di luar bajet, kontraktor sukar untuk membuat keputusan kerana bimbang jikalau bayaran tidak dapat dibuat. Jika anda tidak berapa tahu tentang selok-belok bidang binaan rumah seperti membaca pelan rumah, peringkat-peringkat  pembinaan,kualiti  bahan-bahan binaan, workmanship  dan urusan dengan pihak berkuasa tempatan maka anda boleh berurusan dengan kontraktor yang boleh dipercayai.
Adalah menjadi pilhan anda jika anda memilih untuk menguruskan sendiri atau menyerahkan bulat-bulat urusan pembinaan kepada kontraktor seperti:
  1. Berurusan sendiri dengan pelukis pelan
  2. Membuat permohonan kelulusan pelan
  3. Mengurus pembelian bahan-bahan binaan
  4. Berurusan dengan pihak berkuasa tempatan 
Kadar harga semasa yang diguna pakai oleh kontraktor bina rumah adalah antara RM110 ~ RM130/ka2 buat masa ini tahun 2011. Kadar harga ini adalah termasuk upah pekerja, bahan binaan,  system pendawaian letrik dan sistem paip bagi bekalan air dan ianya hanya sesuai bagi bandar-bandar kecil dan sederharna saja. Bagi Bandar besar ataupun rekabentuk yg rumit menjadikan kadar harganya melebihi RM130/ka2.
Jika keluasan rumah tersebut adalah adalah 1500 ka persegi maka harganya kos pembinaan rumah bungalow tersebut adalah:-
1500 x RM110 = RM165,000

TAPI, BERITA BAIK BUAT ANDA...SAYA MENAWARKAN KOS PEMBINAAN TERENDAH DI PASARAN. DENGAN FORMULA PERNIAGAAN SAYA DAN PENGALAMAN. SAYA TAWARKAN RM 95/ka2..(ATAP GENTING)

FORMULA JIMAT KOS = UPAH BURUH YANG MURAH (PEKERJA ASING = CEKAP DAN CEPAT)  + BAHAN MENTAH               
                                            DARI PEMBEKAL YANG TAK AMBIL UNTUNG BESAR (BERURUSAN LEBIH 25 TAHUN) +   
                                             TIADA CAS TERSEMBUNYI + TIADA CAS JURURUNDING

HUBUNGI SAYA DI 019-3552644




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.