Thursday 18 September 2014

Salam sejahtera..

Diucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog dan juga pelanggan-pelanggan yang memberi kepercayaan kepada kami bagi membuat dan menyiapkan projek pembinaan mahligai impian.

Ribuan terima kasih juga kepada para pelanggan kerana sabar menanti untuk mahligai impian anda siap berikutan masalah cuaca yang tidak menentu dan juga lambakan projek yang terpaksa disiapkan. Namun saya berpuas hati kerana kebanyakan projek disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Demi meningkatkan produktiviti syarikat, syarikat kami telah membuat usahasama dengan kawan-kawan kontraktor yang banyak membantu membekal tenaga pekerja dan juga bantuan teknikal serta bantuan utiliti yang amat diperlukan sewaktu lambakan projek yang perlu disiapkan.

Dan sekali lagi saya ingin membuat pengumuman, bahawa syarikat kami amat bersedia menerima projek berkaitan dengan loan atau pinjaman kerajaan dimana sebelum ini kami menolak projek seperti ini disebabkan kekurangan dana. Sekarang alhamdulillah kami sedia menerima dan mempunyai dana serta tenaga mahir yang cukup untuk menyiapkan projek dengan kuantiti yang tinggi.

Diharap dengan majunya selangkah syarikat kami akan terus berkembang dan terus mendapat sokongan dari para pelanggan yang tidak putus-putus menyokong syarikat bumiputra.

Sekian terima kasih..

Ikhlas dari,
Marketing Manager
Asasbina Venture.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.